Apakah jenis lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh LBJT?
1.
Lesen Trade, Perusahaan dan Perindustrian
2.
Lesen Penjaja
Bagaimana cara memohon lesen perniagaan? Menggunakan Borang permohonan lesen yang boleh didapati di kaunter pejabat LBJT termasuk pejabat-pejabat cawangan.
Apakah dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat permohonan lesen? Setiap borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan bersama dokumen-dokumen berikut:
1.
Pendaftaran Perniagaan
2.
2 keping gambar berukuran pasport
3.
Salinan kad pengenalan
4.
Surat sokongan bomba dan pemadam api
5.
Surat sokongan Jabatan Alam Sekitar
6.
Surat sokongan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Johor
7.
Sijil suntikan Kesihatan TAB
8.
Sijil menghadiri latihan asas pengendalian makanan
9.
Salinan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO)
10.
Pelan bangunan dan pelan lokasi
11.
Hakmilik / Perjanjian sewaan
12.
Salinan cukai harta terkini
13.
Lain-lain dokumen yang berkaitan
Berapa lamakah tempoh kelulusan lesen perniagaan diproses?
1.
Lesen Berisiko - 1 hingga 30 hari dari tarikh permohonan yanglengkap diterima
2.
Lesen Tidak berisiko - 1 hingga 7 hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima