Bahasa Melayu | English Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
HARI LANDSKAP NEGARA 2009

FESTIVAL TAMAN MALAYSIA JOHOR 2009  
Persembahan daripada penari-penari Yayasan Warisan Johor menghiburkan para hadirin.
       
Sesuai dengan Sambutan Hari Landskap Negara 2009, Festival Taman Malaysia Johor 2009 akan diadakan dari 1 - 8 Mac 2009. Pameran Taman dan Landskap yang penuh berwarna-warni dan keceriaan bakal menghiasi Taman Hutan Bandar MPJBT di Mutiara Rini, Johor Bahru pada julung kalinya dengan pertunjukan kreatif rekabentuk, jualan taman, seni gubahan kreatif bunga serta berbagai acara yang pasti akan menghiburkan para pengunjung.  
       
Pertunjukan tersebut di jangka akan menarik lebih daripada 100, 000 pengunjung dan bakal mempamerkan lebih daripada 100 penyertaan dari dalam dan luar negeri. Zon-zon pameran merangkumi Pertunjukan Rekabentuk Taman oleh Pihak Berkuasa Tempatan dari dalam dan luar negeri Johor, Jabatan-jabatan Kerajaan, Jualan Produk Taman dan Landskap serta Seni Gubahan Kreatif Floral dari pereka-pereka terkenal tempatan sesuai dengan tema "Landskap Warisan Kita"  
         
Ucapan Selamat Datang oleh Y.A.B. Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor.
 
Tarikh Pameran  :  1 Mac 2009 hingga 8 Mac 2009
     
Tempat  :  Hutan Bandar Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor.
     
Perasmian  :  7 Mac 2009 oleh Y.A Bhg. Datin Paduka Seri Jeanne Abdullah
   
  MAKLUMAT TAMBAHAN
   
  Pihak LBJT / KEJORA memenangi tempat ke-3 dalam Kategori Taman Awam Terbaik yang mana tempat pertama dimenangi oleh Taman Awam Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang dan tempat-2 oleh Taman Hutan Bandar, MBJB.
Halaman: 1  2